fbpx

Bayi perempuan cukup sifat ditemukan di dalam longkang di Jalan Kebun, Kampung Solok di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd. Fadhil Minhat berkata, bayi itu ditemukan di dalam plastik berwarna jingga oleh seorang penduduk yang mendengar tangisan di lokasi kejadian kira-kira pukul 6 petang.

Seorang kanak-kanak lelaki yang pulang dari kelas mendakwa terdengar tangisan bayi dalam longkang berhampiran rumahnya dan memaklumkan perkara itu kepada bapanya.

Bapanya ke tempat kejadian yang jaraknya kira-kira 50 meter dari rumah mereka. Dia memberitahu ternampak bayi yang menangis di dalam plastik berwarna jingga.

Saksi kemudian segera mengangkat bayi itu dan membalutnya dengan sehelai kain yang dibawa dari rumah.

Menurut Mohd. Fadhil, penduduk kemudian menghubungi polis dan pegawai perubatan yang hadir mengesahkan bayi seberat 2.6 kilogram itu sihat dan berada dalam keadaan baik.

Identiti bayi itu masih disiasat dan kini ditempatkan di Hospital Tangkak untuk pemerhatian sepenuhnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi yang mana boleh dihukum penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

[fbcomments]