Seorang pesakit wanita yang sebelum ini disahkan positif Covid-19 ditemui mati dipercayai terjun dari tingkat lapan bangunan Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata siasatan awal mendapati mangsa dimasukkan ke hospital tersebut pada 13 Oktober lalu selepas disahkan positif Covid-19.

Terjun dari tingkat 8

Beliau berkata mangsa yang berusia 63 tahun itu sudah disahkan bebas virus tersebut dan dijadualkan keluar dari HQE I.

Mayat mangsa kini ditempatkan di Jabatan Forensik HQE I, sementara menunggu siasatan lanjut punca mangsa membunuh diri.

Pihak polis sedang menjalankan siasat bagi mengenalpasti punca mangsa terjun termasuk mencari saksi ditempat kejadian.

Polis mohon orang awam yang mempunyai maklumat berhubung mangsa diminta tampil membantu siasatan.

Seorang pesakit #COVID19 wanita ditemui maut selepas terjun dari sebuah bangunan hospital di Kota Kinabalu.#DisiplinMalaysia #HapusCOVID19 #NormaBaharu

Posted by Astro AWANI on Rabu, 21 Oktober 2020
[fbcomments]