Empat penjenayah mati ditembak selepas dipercayai menyamun sebuah rumah di Taman Pelangi Rawang.
Menurut Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, pihaknya menerima panggilan berhubung kes samun di kawasan perumahan tersebut pada jam 12 tengah hari.
Sejam kemudian, sepasukan anggota polis telah mengesan kenderaan yang dinaiki suspek, namun mereka bertindak melarikan diri setelah menyedari kehadiran polis
Semasa polis mengejar kereta jenis Perodua Axia yang dinaiki suspek, kenderaan itu telah melanggar dan menggilis seorang penghantar makanan.
Salah seorang suspek cuba menyerang anggota polis dengan parang ketika pihak polis hendak memberkas mereka.
Kita terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke atas kereta dinaiki suspek demi mempertahankan diri anggota polis dan orang awam.
Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati kumpulan penjenayah itu disyaki terlibat dalam 50 kes samun sejak awal tahun ini.
Kumpulan ini aktif melakukan jenayah di sekitar Selangor, dua daripada suspek turut dikehendaki polis.
Menurut Pemangku Ketua Polis Selangor yang dipetik dari Sinar Harian, penghantar makanan itu merupakan ibu tunggal berusia 44 tahun. Mangsa telah dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut.
Kes samun: Polis tembak empat lelaki
Empat lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian samun sebuah rumah di sini hari ini ditembak oleh polis ketika melarikan diri menaiki sebuah kereta jenis Perodua Axia.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata tindakan itu diambil oleh pihak berkuasa selepas kereta tersebut melanggar dan menggilis seorang penunggang motosikal GrabFood.
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1915953
Posted by BERNAMA on Friday, December 25, 2020
p>