Kecoh satu Malaysia sejak akhir-akhir ini apabila terbongkarnya sindiket Macau Scam yang disyaki telah mengaut keuntungan ‘atas angin’ membabitkan nilai ratusan juta ringgit.
Biarpun sindiket itu sebenarnya sudah lama memperdaya banyak mangsa di negara kita, namun ia kembali menjadi tumpuan apabila pihak SPRM telah membuat penahanan beberapa individu yang dikatakan berkait dengan sindiket berkenaan.

Sindiket itu yang sentiasa dikaitkan dengan negara luar bagaimanapun ia mengejutkan masyarakat apabila ia turut didakwa disertai oleh orang Melayu, rakyat Malaysia sendiri!
Scammer kononnya dari pihak Polis Sabah
Terbaru telah tular di Twitter di mana, seorang lelaki (bakal mangsa scam) telah memuat naik perbualan panjang dia dan scammer tersebut.
Dalam video berdurasi 13 minit lebih itu, lelaki berkenaan yang mendakwa dirinya sebagai salah seorang penipu Macau Scam membuat panggilan sebagai seorang pegawai polis untuk menipu mangsa.
Modus operandinya, sama- iaitu menyamar sebagai pegawai polis dan cuba untuk menakutkan mangsa dengan mengatakan ada bungkusan di atas nama mereka yang kini ditahan pihak polis di Sabah.
Apa yang menariknya ialah, perbualan mereka tu seperti kawan-kawan pula pada hujung perbualan.
“Addy Kana memang bos aku pun…”
Dalam perbualan mereka dalam part 3 ni, pemangsa menanyakan adakah Addy Kana tu bos dia dan scammer tersebut mengiyakan. Malah dia turut berkata bos dia tu akan terlepas juga.

Mengakui apa yang dilakukannya salah dari sisi undang-undang namun scammer ni turut menegaskan penipuan itu tidak akan berlaku sekiranya masyarakat dididik dengan kesedaran mengenai penipuan melalui panggilan telefon.
Okay macam ini aku bagitahu, aku tipu orang yang leka, cuai dan percayakan perkara ini.
Kalau dia tidak percaya dia tidak akan kena tipu, kau percaya satu benda (nasihat) ini saja.
Nasihat keluarga kau jangan jawab panggilan telefon dari nombor yang tidak dikenali, itu saja.
Biasanya mangsa pun penerima duit tak bersih
Menurut scammer tu lagi, kalau korang tak salah kenapa nak takut atau gelabah bila dihubungi penipu yang cuba menakutkan korang dengan pelbagai dakwaan dan tuduhan palsu seperti taktik yang sentiasa digunakan pihak scammer.
Ini kerana menurutnya jika seseorang itu tidak pernah membuat kesalahan seperti yang dikatakan sindiket penipuan ini mereka tidak perlu rasa risau dan bimbang kecuali jika mereka benar-benar terlibat dalam aktiviti yang salah di sisi undang-undang.

Kebanyakan orang yang buat macam ini bila kita cakap bekukan akaun yang pertama sekali akaun dia memang ada duit haram, pernah terima duit haram juga dan belum tentu duit bersih, sebab itu dia orang takut.
Kalau orang yang confirm duit dia bersih walaupun duit dia banyak dia tak akan takut benda ni. Aku dah jumpa macam-macam orang dalam aku buat kerja macam ini.
Itulah orang yang selalu jadi mangsa aku….
Suatu hari nanti pun, aku akan kena tipu juga sebab hasil rezeki tak berkat dan balasan kat dunia…
Orang dalam kerajaan juga terlibat
Scammer ni sempat lagi bagitahu pendapatan yang diterimanya cukup masyukk.
Tambah scammer tu lagi bila ditanya adakah Addy Kana ni kepala Macau Scam di Malaysia, ni jawapan lelaki tu…
Hmmm Addy Kana ni dia bukan kepala lah, tapi kiranya dia backup paling besarlah. Kau tengok lah berapa banyak anggota Bukit Aman kena tangkap.
So kau kena faham, rakyat Malaysia kena tipu pun bukan sebab apa, sebab orang dalam kerajaan juga. Kalau takde orang dalaman kerajaan yang terlibat dalam hal ni, tak kan benda ni dapat dilakukan…
Kerajaan pun ada kepentingan dia
Kalau kau nak tahu, maklumat-maklumat ni pun kerajaan juga yang bocorkan. Kalau tak, camne kitaorang boleh tahu…
Kerajaan tangkap pun sebab nak tunjuk kat rakyat. Kalau tak tangkap, tak tunjuk kat rakyat, nanti parti lain yang akan menang. Kerajaan sendiri akan jatuh. Sebenarnya semua ada kepentingan sendiri.
Kita tengok nanti, Addy Kana ni keluar ke tak… Tangkap-tangkap ni cuma nak tunjuk rakyat je. Benda ni masih ada lagi…