pengasas kosmetik ini ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap individu bernama Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary.

Beliau berbuat demikian kerana Ustaz Abu Syafiq didakwa telah memuat naik status memfitnah terhadap produk keluarannya.

Tuduh barang saya tiada kelulusan

Ujar beliau lagi, tindakan ustaz berkenaan yang menuduh produk keluarannya itu tidak ada kelulusan telah menjatuhkan reputasi perniagaannya.

“Kalau awak nak kata saya belut elektrik saya tak kisah, yang penting saya pakai jam berapa ratus ribu, kasut saya RM5,000, seluar dalam saya RM3,000″.

“Tapi jangan tuduh barang saya haram atau kata saya tiada kelulusan. Awak bukan tuhan nak hukum saya haram,” kata beliau lagi.

“Ingat saya keluarkan produk ini senang-senang ke? Kalau tak ada kelulusan, tak boleh keluar televisyen”.

Aliff Syukri tuntut permohonan maaf dari Ustaz

“Saya tuntut permohonan maaf daripada ustaz yang melampau-lampau memfitnah saya di laman sosial. Saya tertekan dengan ustaz ni,” ujar beliau dalam satu sidang media.

Individu tersebut dikatakan turut mempersoalkan tindakan Aliff yang dikatakan seolah-olah cuba mengaut keuntungan hasil daripada kandungan Youtube dengan cara yang salah.

Ustaz pula nak saman Aliff Syukri sebanyak RM 1 Billion

Namun begitu, pertelingkahan ini telah berlarutan dan individu yang dikatakan oleh Datuk Seri Aliff Syukri didakwa turut mahu menyaman usahawan kosmetik itu dengan jumlah yang sangat besar.

1 billion ringgit Malaysia saya akan saman Datuk Seri Aliff Syukri kerana menghina saya”– Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary.

RM 1 Billion saya akan saman balas Aliff Syukri

Posted by Ustaz Abu Syafiq Al-Asy'ary on Isnin, 24 Februari 2020
[fbcomments]