Sememangnya ketika ini rakyat Malaysia sedang dilanda kesusahan akibat pandemik yang tidak pernah berakhir. Ada yang hilang pekerjaan, hilang pendapatan, namun kes positif Covid-19 masih meningkat.

Ramai yang semakin terkesan dan memerlukan kewangan untuk meneruskan kehidupan.

Datang rumah minta kerja

Hal ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang menceritakan kisah seorang lelaki yang datang ke rumahnya untuk meminta sebarang pekerjaan.

Maafkan saya wahai saudaraku, ini saja saya dapat tolong.

@shashaadilla

Maafkan saya wahai saudaraku, ini saja saya dapat tolong😭

♬ original sound – Dalia – dalia

Menurut gadis ini lagi, lelaki berkenaan telah datang ke rumahnya untuk meminta kerja dengan memotong rumput dirumahnya kerana sudah tidak mempunyai duit.

Walaupun pada awalnya berasa khuatir kerana tidak mengenali lelaki tersebut, namun dia tawakal untuk membantu.

Apa yang lebih memilukan, beliau turut nampak usaha lelaki tersebut yang menghabiskan kerja dari pagi hingga ke petang dalam cuaca panas terik.

Dia juga langsung tidak meminta duit tetapi hanya mahu diberikan kerja supaya memperolehu upah.

[fbcomments]