Penyanyi serba boleh Shila Amzah atau nama sebenarnya Nurshahila Binti Amir Amzah meluahkan rasa teruja apabila anak tunggalnya, Seth Uwais,3, menunjukkan minat untuk belajar bahasa Mandarin.

Penyanyi yang pernah menempa nama di persada antarabangsa dan pernah berhijrah ke China itu memberitahu dalam hantarannya di Instagram yang dia telah lama membelikan Seth buku-buku bahasa mandarin.

Saya di rumah semalam dan tiba-tiba Seth datang dengan buku ini (buku bahasa Mandarin). Sha memang saja beli buku bahasa Mandarin, mana tahu dia terbuka hati, dan semalam adalah harinya.

“Yang menyeronokkan, dia dah boleh baca sebab Sha memang selalu bacakan dia buku.”

Teruja anak boleh baca bahasa asing

Shila meluahkan perasaan gembira apabila anaknya telah boleh membaca bahasa tersebut. Dia juga berharap agar anaknya dapat menguasai pelbagai bahasa dan diterangkan hati.

“Alhamdulillah semoga dapat la belajar bahasa banyak-banyak anak kuuu , teranglah hati mu.”

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang teruja melihat telatah dua beranak itu.

Sekadar info, Shila Amzah pernah mengembangkan karier nyanyian di China bermula tahun 2012 dan menjuarai beberapa pertandingan di sana termasuklah menjuarai pertandingan nyanyian realiti China, Asian Wave.

Sumber: Instagram Shila Amzah

[fbcomments]