Malaysia mempunyai masyarakat berbilang agama dan budaya yang pada asasnya hidup secara aman dan damai. Kepelbagaian ini satu keunikan yang sepatutnya dirai dan menjadi kebanggaan rakyat kita.
Keharmonian dalam kemajmukan ini menjadikan Malaysia negara yang sering dicontohi masyarakat antarabangsa, namun sebagai negara dengan rakyat berbilang kaum dan budaya.
Apa yang membuatkan negara masih lagi harmoni adalah sifat saling menghormati dan faham antara satu sama lain. Jadi, tidak hairan jika kaum Cina, India ataupun sebagainya boleh bertutur bahasa Melayu.
Wajib orang Melayu Islam bekerja
Biasa tak korang perasan kaum Cina berbahasa Melayu dengan dialek Kelantan, Perak dan Kedah?
Begitulah juga dengan pengusaha Minyak Masak 303 ini yang merupakan seorang lelaki berbangsa Cina tetapi pandai berbahasa Melayu dialek Kelantan. Beliau ialah Gan Leong Piow.
Bukan sahaja boleh bertutur dengan baik, malah beliau turut sangat hormat dan senang dengan kaum Melayu yang beragama Islam. Malah beliau turut memaklumkan bahawa pekerja yang diambil untuk bekerja dikilangnya itu wajib orang Melayu beragama Islam dan orang luar tidak dibenarkan, serta harus menunaikan solat.
Saya buat tempat diorang solat untuk lelaki dan perempuan. Sampai masa kena pergi sembahyang.
Tak boleh tinggalkan. Sembahyang paling mustahak, you kena pergi sembahyang. Saya akan tunggu, itu benda wajib. Kalau kita hidup without God we are nothing.
Lelaki Cina adakan solat hajat setiap tahun
Apa yang menariknya lagi, lelaki ini turut memaklumkan setiap tahun kilangnya memang akan membuat solat hajat.
You tak akan percaya ni, setiap tahun buat sembahyang hajat saya punya kilang, Yes! Why not?
Beliau turut menjelaskan walaupun beliau berbangsa Cina, namun agama adalah sangat penting dan pekerjanya juga harus melaksanakan tanggungjawab dalam agama mereka.
Saya berbangsa Cina tetapi saya juga percaya kepada Tuhan, agama itu penting.
Menurutnya, sembahyang adalah perkara yang sangat penting dalam setiap agama dan beliau sangat menghormati perkara itu.
Mula mengusahakan perniagaan minyak masak sejak tahun 1978 lagi dan masih kekal sehingga ke hari ini. Gan menjelaskan inilah rahsianya dan setiap majikan perlu menghargai serta menghormati pekerja mereka ketika bekerja tanpa mengira agama.
Selain kita perlulah sentiasa tepati janji serta tidak boleh menipu. Satu lagi, sifat yang perlu ada dalam diri adalah kasih sayang terhadap pekerja dan syarikat.