Seorang pencipta kandungan TikTok, Adalyna, tidak menyangka temu ramah kasual yang dirancangnya bertukar menjadi momen penuh emosi apabila seorang wanita yang ditemuinya berkongsi kisah duka menjelang Aidilfitri.
@kerjazz Awal-awal tu Makcik yang tegur I, nak main juga. Dia nampak excited and happy gila masa tu so I tak expect dia meluah macam ni. Sebak sangat rasa masa dia cerita tu, dia kata dia happy sangat I interview dia. Dia layan I macam I anak dia sendiri padahal itu first time I jumpa dia. Tu lah, sometimes the littlest things could make someone’s day 1000% better. & tak semua orang yang nampak ‘happy go lucky’ ni tak ada masalah/ujian. Kalau korang ada masa, datang lah Bazar Shah Alam ni, support Makcik okay❤️🥺 Siapa yang nak beli Ketupat ZUS @ZUS Coffee Shop ni, korang boleh beli dekat @JayaGrocer tau 🫶🏻 📍 Jaya Grocer Bukit Jelutong 📍 Jaya Grocer Plaza Alam 📍 Jaya Grocer Intermark 📍 Jaya Grocer Cyberjaya 📍 Jaya Grocer Subang Jaya 📍 Jaya Grocer Saujana Utama 📍 Jaya Grocer Main Place, USJ21 📍 Jaya Grocer Sunway Pyramid 📍 Jaya Grocer Da Men 📍 Jaya Grocer The Gardens Mall 📍 Jaya Grocer MK163 📍 Jaya Grocer 1 Utama 📍 Jaya Grocer KL East 📍 Jaya Grocer BBCC Lalaport 📍 Jaya Grocer ECO Majestic 📍 Jaya Grocer Ipoh Parade 📍 Jaya Grocer Kuantan City 📍 Jaya Grocer Penang Paragon 📍 Jaya Grocer ECO Galleria 📍 Jaya Grocer Seremban PRIMA #kerjazz #malaysia #fypp #fypage #trending #fyppppppppppppppppppppppp #foryoupage #ramadan #kongsibersama #pov #positivity #socialexperiment
Video Temu Bual Raya Bertukar Sebak, Seorang Wanita Luah Rasa Pilu Kehilangan Ibu
Dalam video berdurasi lebih dua minit yang dikongsikan, wanita berkenaan pada awalnya kelihatan ceria dan teruja apabila ditemuramah. Namun, suasana bertukar sayu apabila dia mendedahkan bahawa dia tidak akan menyambut hari raya tahun ini kerana masih bersedih atas pemergian ibunya, yang meninggal dunia dua bulan lalu akibat kanser hati tahap empat.
Menurut wanita itu, walaupun hatinya berat untuk meraikan Aidilfitri, dia tetap berusaha menguatkan diri demi anak-anaknya. Dalam detik yang penuh emosi itu, dia turut meminta Adalyna mendoakan kesejahteraan keluarganya, sebelum kedua-duanya berpelukan.
“Makcik tak akan beraya, sebab mak makcik baru meninggal, makcik kesian kat anak-anak, makcik terpaksalah pejamkan mata untuk beraya dengan mereka,” luahnya.
Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian ramai di media sosial, dengan rata-rata netizen turut tersentuh dan menzahirkan rasa simpati. Ramai yang mengakui bahawa kehilangan ibu adalah satu ujian yang berat, dan seorang ibu sendiri juga memerlukan kasih sayang serta kehadiran ibunya di sisi.
Kredit: TikTok kerjazz