Setiap orang pastinya akan berhadapan situasi kesusahan hidup akibat kehilangan kedua-dua ibu bapa dan terpaksa menahan lapar kerana tidak memiliki wang untuk membeli makanan.
Disebabkan itulah ada antara mereka ni sanggup buat apa je untuk dapatkan duit lagi-lagi kalau tengah kebulur atau terdesak.
Tapi, ni tak bermakna kita boleh ambil kesempatan atas situasi dan kesusahan mereka.
Makan cili kalau nak duit
Baru-baru ni, telah tular di media sosial video seorang kanak-kanak perempuan yang sedang mengemis dekat tepi jalan didatangi seseorang.
Video itu menunjukkan si perakam menawarkan pengemis kanak-kanak sejumlah wang tapi dengan syarat kanak-kanak ini perlu makan sebatang ciIi padi.
Ketawa atas tangisan orang lain
Dalam video yang dikongsikan ini, dapat lihat air mata tangisan si anak pengemis ini menahan kepedasan sambil disambut dengan gelak tawa biadap si perakam.
Sedih melihat orang kaya mempermainkan tangisan orang miskin.
Hina betul orang kaya ni mainkan tangisan orang miskin dan anak yatim.
Budak tu menitis air mata satu sbb penghinaan yg dia dpt dua sbb sakit kepedasan.
Difahamkan jumlah wang yang diterima kanak-kanak tersebut tidaklah banyak pun. Namun si anak ini sanggup makan cili yang pedas ni untuk dapatkan wang tersebut.
Tindakan si pelaku ini sebagai penghinaan terhadap golongan miskin yang terdesak memerlukan wang serta. Si pelaku turut tidak berperikemanusiaan.
Semoga Allah beri hidayah buat mu wahai si pelaku yang zalim!