Satu video di aplikasi Tiktok tular memaparkan sekumpulan pekerja syarikat kurier, J&T Express mogok di sebuah gudang barangan yang tidak diketahui lokasinya.
Difahamkan, mereka mogok akibat masalah gaji sehingga salah seorang pekerja telah bertindak membaling barangan pelanggan. Turut kedengaran beberapa pekerja yang berteriak menunjukkan rasa tidak puas hati kepada pengurusan syarikat.
Video 1️⃣
Viral malam ini video pekerja di salah satu hub courier J&T Express mogok susulan komisyen mereka diturunkan. Setakat ini belum ada kenyataan rasmi dari pihak J&T Express..Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Saturday, February 6, 2021
Memohon maaf
Terkini syarikat kurier, J&T Express (J&T) memohon maaf kepada pelanggannya di seluruh negara berhubung kejadian tersebut.
Video Pekerja J&T Express mohon maaf atas insiden mogok dan melempar barangan milik pelanggan.
#INFO #Viral | Video Pekerja J&T Express mohon maaf atas insiden mogok dan melempar barangan milik pelanggan.
Syarikat sudah menjelaskan bonus penuh dibayar kepada pekerja yang telah bekerja selama setahun dan bonus dibayar mengikut tempoh masa pekerja yang bekerja kurang setahun.
Sumber informasi: Pang Chinn Fei / Media Prima.
Posted by Media Selangor on Sunday, February 7, 2021
J&T dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan, insiden berlaku disebabkan kakitangan kurang jelas mengenai sistem pengagihan bonus sehingga menjadi punca kejadian mogok serta tindakan membaling barangan milik pelanggan oleh kakitangan syarikat itu.
Sebenarnya J&T sudah memberikan pembayaran pekerja akhir tahun selepas membuat pertimbangan komprehensif, bersesuaian dengan peraturan dan undang-undang bonus serta undang-undang perburuhan.
Bonus penuh dibayar kepada pekerja yang bekerja selama tempoh satu tahun dan ia (bonus) dibayar mengikut tempoh masa pekerja yang bekerja kurang dari satu tahun.
Tak perlu baling barang
Rata-rata netizen menyatakan mereka tidak mempunyai masalah sekiranya pekerja ingin mogok namun tidak bersetuju dengan tindakan membaling barangan kerana ia membawa masalah kepada penjual serta menganiaya pelanggan yang tidak bersalah.
Video 2️⃣
Viral malam ini video pekerja di salah satu hub courier J&T Express mogok susulan komisyen mereka diturunkan. Setakat ini belum ada kenyataan rasmi dari pihak J&T Express..Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Saturday, February 6, 2021