Baru-baru ini, sebuah video yang tular di media sosial menunjukkan seorang ayah mencukur rambutnya sebagai tanda sokongan kepada anaknya yang menghidap kanser otak, telah menyentuh hati ramai netizen.
Video di bawah:
https://vt.tiktok.com/ZSYKXr2cc/
Bapa Cukur Kepala Demi Sokong Anak
Dalam satu hantaran di TikTok, pengguna SnowShirai berkongsi video suaminya sedang mencukur rambut anak mereka yang didiagnosis dengan Glioma Gred Tinggi, sejenis kanser otak, tiga bulan lalu.
Rambut anak kecil itu mula gugur selepas sesi kemoterapi kedua, memaksa mereka untuk mencukurnya sepenuhnya.
Selepas selesai mencukur rambut anaknya, suami SnowShirai kemudian mencukur rambutnya sendiri di hadapan anak dan isterinya sebagai tanda solidariti dan sokongan moral.
SnowShirai turut berkongsi beberapa video yang mendokumentasikan perjalanan kemoterapi anak mereka, bermula dengan rambut yang lebat hingga menjadi tompok-tompok di kepala.
Yang lebih menyayat hati, pada awal rawatan, anak kecil itu masih mampu tersenyum, namun senyumannya semakin pudar dengan berjalannya waktu.
Walaupun SnowShirai dan suaminya berusaha menghiburkannya dengan makanan dan permainan belon air, senyuman manis anak mereka semakin jarang kelihatan.
Di ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa simpati dan mendoakan agar anak kecil itu cepat sembuh.
Tindakan penuh kasih seorang bapa yang sanggup mencukur rambutnya demi menyokong anaknya telah mendapat pujian ramai, mencerminkan kasih sayang tanpa syarat.
Kredit: TikTok snowshirai