Tular satu video menyatakan seorang warga emas telah dijumpai ditanam hidup-hidup di Kluang, Johor.

Menerusi rakaman video tersebut, warga emas yang diselaputi dengan tanah dilihat tidak bermaya diangkat oleh seorang buruh pembinaan bersama rakan rakan sekerja.

Salah seorang dari mereka memaklumkan mereka menjumpai warga emas itu yang ditanam hidup-hidup dan ketika dijumpai warga emas ini masih boleh bersuara.

Ya Allah, sungguh kejam org yg tanam dia #pdrm

Posted by Jangan Degil Setan on Selasa, 1 September 2020

Lemah dan tidak bermaya

Low Chon Tai, warga emas berusia 87 tahun itu ditemui dalam keadaan lemah dan terbaring di dalam lumpur di tapak binaan di Kluang.

Dakwaan yang menyatakan dia ditanam hidup-hidup itu sebenarnya adalah tidak benar dimana dia dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu.

Menurut kenyataan dari Harian Metro, warga emas itu dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah di Taman Kluang Barat, Kluang pada 4 petang untuk mencari bekas minuman serta kotak terpakai.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, laporan kehilangan warga emas itu dibuat anaknya, Chen Tiang Fock, 66, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, selepas wanita itu tidak pulang sehingga 8 malam.

Keluarga cuba mencari tapi gagal

Mereka mula mencari warga emas berkenaan di sekitar taman perumahan, namun gagal menemuinya, sebelum membuat laporan polis pada 10 malam

Usaha pencarian dilancarkan yang turut disertai penduduk taman serta anggota polis keesokan harinya di sekitar rumah mangsa serta taman perumahan berdekatan namun tidak membuahkan hasil.

Bagaimanapun, pada 11.30 pagi, kami menerima laporan daripada pekerja tapak binaan yang menemui seorang warga emas dalam keadaan terbaring di atas longgokan tanah liat dalam keadaan lemah dan tidak bermaya.

Mohd Abduh berkata, anak wanita berkenaan mengesahkan wanita berkenaan adalah ibunya yang hilang ketika pemeriksaan dilakukan di Wad Kecemasan Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang.

Tiada unsur jenayah

Pemeriksaan badan yang dilakukan mendapati beg duit serta sejumlah wang tunai, kad pengenalan selain kunci rumah masih berada di dalam poket seluar mangsa dan disahkan tiada unsur jenayah berlaku.

Dalam pada itu, Mohd Abduh menafikan berita yang diviralkan kononnya wanita ini dikuburkan hidup-hidup di tapak projek pembinaan di Kluang.

Pihak polis turut menasihatkan orang ramai agar tidak memviralkan berita tidak benar dan membuat pengesahan daripada sumber dipercayai terlebih dahulu bagi mengelakkan kebimbangan dan tidak tenteram dalam kalangan masyarakat.

[fbcomments]