Meskipun kini seluruh dunia masih dalam perintah berkurung akibat daripada Covid-19, membuatkan kebanyakkan masjid terpaksa ditutup daripada sebarang aktiviti.
Namun, baru-baru ini tular sebuah video di Timur London, memaparkan laungan azan dari East London Mosque.
Menerusi video yang dikongsikan di Twitter, dilihat orang ramai yang ketika itu sedang berjalan di sekitar masjid tersebut berhenti seketika untuk mendengar laungan azan.
Apa yang menarik perhatian, kelihatan muazzin yang melaungkan azan menggunakan pembesar suara daripada atas bumbung masjid.