fbpx

Pempengaruh TikTok, View Chin teruk dilanda kontroversi apabila kantoi berhubungan sulit dengan stafnya sendiri Amirah Aqilah.

Terbaharu, dalam laporan eksklusif Kosmo, View Chin mengakui sedang mendekatkan diri dengan agama Islam dan sedang merancang untuk menghalalkan Amirah tidak lama lagi.

“Buat masa ini saya ingin uruskan masalah saya dengan Ah Moi (bekas isteri) dan apabila perkara ini sudah setel (selesai) dan kembali se­perti sedia kala, saya akan me­ngahwini Mira.
“Ketika ini juga saya mula belajar tentang Islam dan mendekatkan diri dengan agama Islam. Saya tahu perbuatan saya selama ini dengan Mira adalah salah dan kami akan cuba memperbetulkan semua perkara itu.
“Ya, memang saya mengaku bercuti berdua bersama Mira di Bali (Indonesia) sebelum ini. Ketika itu saya sangat stress dan Mira bimbang tentang keselamatan saya, sebab itu dia menemani saya ketika itu,” katanya.

Lelaki itu juga berkata dia sudah lama berniat unintuk memperisterikan Mira apatah lagi apabila mengetahui kecurangan bekas isterinya tiga tahun lalu.

Sebab itu saya pilih Mira

View Chin juga menyifatkan Mira sebagai teman baiknya malah sering berkongsi pelbagai perkara termasuk hal peribadi.

“Mira tahu semua, tentang kecurangan Ah Moi, tentang Ah Moi pernah ugut saya. Sebab itu saya pilih Mira, bukan sebab paras rupa atau wang, yang penting dia boleh menerima anak-anak saya.
“Dia antara staf dan teman paling rapat, sangat baik, prihatin dan sentiasa memahami perasaan saya. Saya selesa meluahkan segalanya kepada Mira,” ujarnya.

View Chin berkata hubungannya dengan Ah Moi telah berakhir sejak Disember tahun lalu dan mengambil keputusan untuk berdiam sebelum ini kerana memikirkan masa depan anak-anak mereka.

“Ah Moi masih lagi ‘lady boss’ dan begitu juga Mira rakan kongsi saya di syarikat tersebut, namun kedudukan Ah Moi dalam syarikat akan saya tentukan selepas ini sekiranya dia mengambil sebarang tindakan termasuk undang-undang.
“Mira banyak uruskan syarikat bersama saya selama ini, dari uruskan ‘live’ di TikTok sehinggalah urusan marketing dan sebagainya.
“Jadi buat masa ini, Mira terpaksa ‘bersembunyi’ kerana dia masih trauma dengan apa yang berlaku termasuklah keluar­ganya yang turut terpalit,” kongsinya.

Sumber: Kosmo!

[fbcomments]