Gerakan Subuh macam Jumaat yang diwujudkan oleh Alif Satar sejak beberapa bulan yang lalu telah berjaya menghimpunkan ribuan orang serta anak muda untuk menyertai solat berjemaah di masjid yang dianjurkan olehnya. Walaupun terdapat beberapa individu yang kurang senang dengan inisiatif yang dibuat, namun gerakan ini telah mendapat perhatian daripada seorang pempengaruh terkenal yang berasal dari negara luar, dikenali sebagai Razia Hamidi.

Artis Luar Negara Puji Alif

Berdasarkan perkongsian yang dimuat naik oleh @razia.hamidi.coach di laman Instagram, ia dapat dilihat bahawa artis berkenaan memuji tindakan dan usaha Alif yang berjaya menghimpunkan individu beragama Islam untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah pada setiap hari di masjid.

Razia turut tertarik dengan keberanian Alif yang mempersoalkan tindakan orang Islam yang sentiasa mengecam kekejaman serta penindasan yang dilakukan Israel ke atas Palestin, namun takut untuk bangun pagi menunaikan solat Subuh di masjid.

“Macam mana nak tolong rakyat Palestin kalau bangun Subuh pun korang takut? Awak berjaya memberikan inspirasi buat semua orang, Alif. Masya-Allah, mari kita mulakan transformasi dalam kalangan Muslim secara global. Kita perlu bermula dengan merevolusikan ibadah kita. Bolehkah kita menjadikan gerakan yang dilakukan Alif ini sebagai satu gerakan global di dunia Islam?”, puji Razia.

Alif Ucap Terima Kasih

Dalam pada itu, Alif juga tidak lupa untuk menitipkan ucapan terima kasih ke atas pujian yang dilemparkan Razia menerusi media sosial secara umum. Menurut Alif, gerakan dan inisiatif yang diwujudkannya itu hanyalah bertujuan untuk membantu seluruh umat Islam menjadi kuat untuk bangun awal pagi dan menunaikan solat Subuh secara berjemaah.

Kredit: Instagram razia.hamidi.coach

[fbcomments]