Baru-baru ini tular di negara jiran sebelah apabila kegembiraan yang sepatutnya diraikan bertukar menjadi duka selepas seorang wanita kehilangan bayinya akibat kepala terputus ketika melahirkannya.
![]()
Kedudukan Bayi Songsang, Namun Dipaksa Beranak Secara Normal
Memetik laporan Tribun Medan, mangsa dikenali sebagai MS, 36, dari Banjarmasin tidak dapat menahan sebak selepas kehilangan cahaya mata lelakinya gara-gara dipaksa melahirkan secara normal walaupun bayinya berada dalam kedudukan songsang.
Lebih memilukan apabila kepala bayinya turut terputus dan tertinggal di dalam rahim ketika proses kelahiran menyakitkan pada 14 April lalu.
![]()
Bahagian Kemaluan Terkoyak Dengan Teruk
MS turut mendedahkan bahawa bahagian kemaluannya turut terkoyak dengan teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
“Saya dipaksa meneran sekuat hati. Suami saya amat terkejut apabila melihat bayi kami keluar tanpa kepala. Beberapa kakitangan perubatan itu kemudiannya menggunakan alat vakum untuk mengeluarkan kepala yang tertinggal,” cerita yang kehilangan kata-kata dengan kejadian tersebut.
Namun, pihak rumah sakit terbabit tidak memberi sebarang penjelasan tentang insiden kecuaian tersebut hingga menyebabkan mereka memutuskan untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa pada 19 April lalu.
Difahamkan, bayinya sudah disahkan songsang sejak usia kehamilannya mencecah tujuh bulan.
Jenazah bayi itu yang kepalanya sudah dijahit pada badan dilaporkan selamat disemadikan berhampiran rumah datuknya.
Kredit: Tribun Medan.com