Sebuah rakaman CCTV tular di media sosial yang memaparkan seorang wanita dilihat menjadi mangsa serangan dan samun oleh seorang lelaki yang disyaki warga asing pada Isnin lalu sekitar jam 11.25 pagi, dalam kejadian di sebuah francais minuman terkenal di Taman Sri Muda.
Video di bawah:
https://x.com/mynewshub/status/1823187679695008049
Mangsa Ditikam Sebanyak 8 Kali Di Bahagian Perut
Berdasarkan rakaman CCTV tersebut, suasana di dalam premis ketika itu sunyi sepi tanpa kehadiran pelanggan, sementara mangsa berada di bahagian dapur menjalankan tugasnya. Namun, keadaan berubah apabila seorang lelaki yang pada mulanya hanya berdiri di depan kaunter, tiba-tiba bertindak agresif menyerang mangsa.
Lelaki tersebut dipercayai menggunakan sebilah pisau sebagai senjata, dan tanpa belas kasihan, dia menikam mangsa bertubi-tubi ketika mereka bergelut.
Mangsa yang cedera parah dengan lapan tikaman di bahagian perut cuba mengejar suspek, namun lelaki tersebut berjaya melarikan diri bersama hasil samun yang dianggarkan bernilai RM4,000. Rakaman itu turut menunjukkan keganasan serangan yang mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian perut.
Difahamkan sehingga kini, pihak polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai insiden tersebut.
Kredit: X mynewshub, Majoriti Official