fbpx

Wanita sarat hamil tujuh bulan maut digilis lori treler selepas terbabit kemalangan di lampu isyarat Jalan Permatang Buloh, Sungai Dua, Butterworth malam tadi.

Mangsa Nur Amirah Izzati Ahmad Rohaizat yang menunggang motosikal bersendirian dikatakan melanggar lampu isyarat merah sebelum berlanggar dengan kereta pacuan empat roda.

“Mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Mertajam selepas pulang dari bertemu rakannya di Teluk Air Tawar, Butterworth.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa terjatuh dan menggelongsor di atas jalan sebelum digilis sebuah treler yang melalui laluan tersebut,” – Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor.

Difahamkan mangsa yang berusia 19 tahun itu meninggal di tempat kejadian.

[fbcomments]