fbpx

Seorang wanita dilaporkan maut dengan 12 kesan kelar di bahagian leher dan tangan kanan dalam keadaan terbaring di atas katil rumahnya, selepas dipercayai dibunuh oleh suaminya sendiri dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Klang, Selangor pada Jumaat lepas.

Video di bawah:

https://x.com/redzuannewsmpb/status/1799808067548418153?s=46&t=lOtDPMyIYmtDu_EQulWeUw

Ditemukan Dalam Keadaan Terbaring Di Atas Katil Dengan Kesan Kelar

Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Klang Selatan iaitu ACP Cha Hoong Fong memaklumkan bahawa mangsa yang berusia 28 tahun itu ditemukan dalam keadaan terbaring di atas katil dengan kesan kelar di bahagian tangan kanan dan leher.

“Polis menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 7.58 pagi, 7 Jun lalu daripada adik suspek yang melaporkan abangnya telah melakukan perbuatan membunuh.

“Siasatan awal mendapati suspek dan mangsa mempunyai masalah rumah tangga sejak perkahwinan mereka dua tahun lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bertengkar Kerana Masalah Rumah Tangga Dan Mempunyai Bayi Berusia 6 Bulan

Menurut Hoong Fong lagi, hasil bedah siasat ke atas mangsa mendapati terdapat 12 kesan luka hiris dan luka kelar di beberapa bahagian anggota badan seperti telinga, pipi, dagu, leher, bahu, lengan, jari manis dan kelingking, serta di kepala.

Difahamkan, suspek dan isterinya itu mempunyai masalah rumah tangga sejak dua tahun lalu dan mereka mempunyai seorang anak perempuan berusia enam bulan.

Punca kematian mangsa dikatakan akibat luka kelar pada bahagian leher yang memotong saluran pernafasan dan tulang leher.

Suspek berusia 31 tahun itu yang juga merupakan seorang pemandu lori telah diberkas pada hari sama dan direman selama tujuh hari, bermula semalam hingga 14 Jun.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kredit: Bernama

[fbcomments]