Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) berusia 25 tahun dilaporkan ditinggalkan oleh keluarganya di kawasan Jalan Chow Kit setelah diberi wang, sebelum pihak berkuasa membawanya ke rumah kebajikan.
Kejadian ini menjadi tular selepas sebuah video dimuat naik di akaun TikTok budakjahthendrygurney, di mana wanita tersebut, yang dikenali sebagai Salwani, menceritakan bahawa ibunya sering menghantarnya ke Chow Kit.
Video di bawah:
https://vt.tiktok.com/ZSYwLYsBL/
Dibuang Keluarga Kerana Cacat
Pada hari kejadian, keluarganya dilaporkan memberikan wang dan bersalaman dengan Salwani sebelum meninggalkannya di sebuah premis. Pemilik premis tersebut kemudian menghubungi pihak polis setelah mendapati Salwani duduk sendirian tanpa sebarang pengawasan.
Menurut anggota polis yang menghantar Salwani ke rumah kebajikan, pemilik premis bimbang melihat wanita itu sendirian tanpa bantuan.
Salwani juga sempat menyebut kepada anggota polis bahawa rumahnya terletak di Ampang dan bertanya sama ada rumah kebajikan tersebut mempunyai sejadah untuk solat.
Video tersebut menarik perhatian ramai pengguna TikTok yang meluahkan rasa kesal terhadap tindakan keluarga Salwani, jika benar dia ditinggalkan begitu sahaja.
Sebahagian warganet berpendapat bahawa mungkin Salwani tersesat, namun pengguna TikTok yang berkongsi video itu menjelaskan bahawa pihak polis tidak menerima sebarang laporan tentang orang hilang.
Oleh itu, mereka membawa Salwani ke rumah kebajikan untuk perlindungan. Pihak rumah kebajikan tersebut hanya mengesahkan bahawa Salwani dihantar oleh pihak polis setelah ditemui ditinggalkan di hadapan sebuah kedai tanpa pengawasan.
Kredit: TikTok budakjahthendrygurney