Baru-baru ini tular di laman X berkenaan tentang seorang wanita peminta sedekah dilihat memakai sebuah kereta jenis Honda CRV dan perbuatannya itu ditangkap oleh seorang lelaki yang berkongsikan video tersebut di media sosial.
Peminta sedekah tapi pakai Honda CRV. Katanya ini kereta kawan dia. Baik betul hati kawan dia kasi pinjam kereta, kawan aku nak bagi pinjam lighter pun fikir 2 3 kali 🤔 pic.twitter.com/wDDWZwOmT6
— amighul deghaman (@ricxxxkiddo) March 25, 2024
Peminta Sedekah Kantoi Pakai Honda CRV
Menerusi video yang dimuat naik oleh @ricxxxkiddo di laman X, individu yang merakam kejadian ini bergegas ke sebuah kereta jenis Honda CRV berwarna kelabu yang diparkir di tepi jalan dan menyergah peminta sedekah terbabit.
“Hoi, naik Honda oiii. Naik Honda. Peminta sedekah naik Honda. Jauh kau parking. Sebab haritu aku jumpa kau di Keramat,”sergah individu terbabit.
Akibat terkejut dengan kehadiran lelaki itu sambil merakam situasi, peminta sedekah yang dilihat sedikit berusia melambai tangan sambil mengatakan kereta yang dinaiki bukan miliknya, sebaliknya ia adalah milik kawannya dan dia hanya meminjam seketika.
“Not my car.. not my car.. It is not my car. Borrow from friend. Kawan punya kereta. Bukan saya punya kereta. Saya takda duit. Awak boleh check. I tak ada duit nak beli barang,” katanya.
Dalam keadaan gelabah dan tergamam, wanita berkenaan turut memaklumkan bahawa rakannya telah membantu mengisi minyak kenderaan tersebut setelah memberi pinjam kepadanya.
Namun, lelaki berkenaan tetap dengan pendirian untuk memeriksa sendiri pemilik kenderaan Honda CRV berdasarkan nombor plat tertera.
Rakyat Malaysia Terlalu Pemurah
Meninjau ke ruangan komen, hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dan mereka turut menyifatkan kebanyakan rakyat Malaysia bersifat pemurah.
Kredit: X ricxxxkiddo