Tindakan seorang wanita warga asing memandu secara berbahaya sebelum melanggar tiga penunggang motosikal bertukar kecoh apabila dia didakwa menyerang orang awam menggunakan pisau berhampiran sebuah pusat beli-belah di Kajang baru-baru ini.

@malaysiagazette

Tular rakaman kemalangan jalan raya yang dipercayai berlaku di Kajang. Turut dirakam, seorang wanita juga dipercayai pemandu kereta yang terlibat dengan kemalangan tersebut membawa sebilah pisau. Maklumat lanjut akan dikemaskini. Video: Media Sosial malaysiagazette kemalanganjalanraya

♬ original sound – malaysiagazette – malaysiagazette

Wanita Warga Asing Ditahan, Disyaki Langgar Tiga Motosikal Sebelum Serang Orang Awam Dengan Pisau

Kejadian sekitar jam 11.58 pagi itu mengakibatkan enam individu berusia antara 21 hingga 60 tahun mengalami kecederaan, termasuk dua daripadanya terpaksa dimasukkan ke wad untuk pemeriksaan lanjut, manakala empat lagi menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang memaklumkan mengenai tindakan agresif suspek di kawasan persimpangan lampu isyarat berhampiran lokasi kejadian.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek bertindak melanggar penunggang motosikal sebelum keluar dari kenderaan dan menyerang orang awam di kawasan tersebut dengan memegang dua bilah pisau.

“Orang awam yang berada di lokasi berjaya menahan wanita berusia 24 tahun itu sebelum menyerahkannya kepada pihak polis bersama senjata yang dirampas,” katanya.

@rara_yusoff

weiyh dia tiba datang tikam dua cust aku .. allahui ape nie takut weiyh .. dh la tgh keje #metropointkajang #fly

♬ original sound – F/F✨ – F/F✨

Tiga motosikal yang terlibat dilaporkan mengalami kerosakan akibat pelanggaran tersebut.

Naazron memaklumkan, pihaknya akan memohon reman terhadap suspek esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengenal pasti motif kejadian. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Nursyaza Farhah Samhairi di talian 017-6919817,” jelasnya.

Terdahulu, video kejadian tular di media sosial memaparkan seorang wanita keluar dari kenderaan sambil memegang pisau, manakala beberapa mangsa kelihatan cedera sebelum orang ramai bertindak menahannya.

Kredit: Berita Harian, Malaysia Gazette, TikTok rara_yusoff

 

[fbcomments]