Kini, ramai orang jual barang, produk, dan servis di Facebook dengan menggunakan fungsi FB Live. Ini adalah cara pemasaran produk di FB yang amat popular sekarang sebab trend video makin meningkat dalam kalangan pengguna media sosial.
Siaran Live di FB memang mudah dan mampu jana sales yang banyak untuk bisnes anda dengan hanya menggunakan smartphone dan tripod untuk membuat video Facebook Live.
Baru-baru ini pula telah tular mengenai seorang wanita warga emas yang dikenali sebagai Mak telah menjual pakaian terpakai bundle melalui Facebook Live pada jam 3pagi dengan harga cukup murah mampu milik iaitu RM1 sahaja!
Semua harga hanya RM1 sahaja
Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian netizen apabila melihat reaksi Mak yang sebak apabila pakaian yang dijual laris dibeli oleh pengguna Facebook yang lain.
Difahamkan wanita ini lazimnya akan buat live pada pukul 3 pagi, bagi menjual pakaian terpakai tersebut. Namun terbaru ini viewers wanita ini pada mulanya hanyalah 4 orang namun secara tiba-tiba meningkat sehingga 170 orang.
Reaksi wanita warga emas itu, pada mulanya begitu terharu sebelum mula menitiskan air mata. Jelas Mak, dia begitu teruja dan seronok apabila sesi live tersebut dihadiri oleh ramai orang.
Pembeli bermurah hati beli sebanyak 150 helai
Bukan itu sahaja, dia sempat membaca komen yang diberikan sambil menunjuk stok pakaian yang sedia ada. Bagaimanapun, secara tiba-tiba ada dua pembeli yang ingin membeli baju yang dijualnya sebanyak 150 helai.
Namun pada awalnya, wanita warga emas ini enggan menjual kepada mereka berdua ini kerana bimbang akan pembeli lain yang tidak sempat untuk membeli.
Ada dua orang hamba Allah ni terbuka hati nak lock 100 dan 50 helai baju-baju bundle mak. Dia jadi serba salah dengan yang viewer live dia, risau dengan yang tak dapat, risau yang lain-lain marah dan tak puas hati. Then ramai-ramai cakap patut ambik. Habiskan baju bundle tu, mak rehat awal malam ni. Fuhhhh, nangis wehhhhh
akak yang lock 100 dan 50 helai tu mintak mak dan viewer ramai-ramai tu doakan semoga diorang dikurniakan zuriat.
Ingin disedekahkan
Pada mulanya, pembeli yang membeli baju tersebut meminta supaya wanita ini mengambil duit baju-baju tersebut. Namun, wanita ini menolak dengan baik dan menyatakan tidak baik baginya untuk menerima sedekah sedemikian rupa.
Akak-akak yang lock tu cakap mak ambik lah duit baju tu. Kemudian baju tu mak jual balik, mak cakap dia tak nak. Dia cakap tak elok. So mak decide nak sedekahkan je baju-baju tu nanti dekat mana-mana tempat yang memerlukan.
Mengalir pahala tu tak putus-putus. Dari niat mak cari rezeki, orang terikut nak beli dan senangkan mak supaya mak dapat rehat awal, sampaikan mak boleh jadi asbab untuk yang lain-lain buat pahala dan bersedekah.
Difahamkan, wanita ini sering kali membuat sedekah jariah dan menghantar makanan ke masjid-masjid dan surau berdekatan. Jelas lelaki ini lagi, sesiapa yang memasuki Facebook live wanita ini, sudah pastinya akan tersentuh melihat reaksi wanita ini.
Minta simpati
Walau bagaimanapun tidak dinafikan ada juga yang tidak berpuas hati dan menyatakan mak ambil kesempatan serta sengaja berbuat demikian