Seorang wanita warga emas dari India dilaporkan diikat pada tiang elektrik dan dipukul oleh anaknya sendiri akibat memetik bunga kubis daripada kebun anaknya tanpa izin.

Ikat Ibu Sendiri Di Tiang Elektrik

Memetik laporan India Today, difahamkan kejadian tersebut berlaku di Keonjhar, Odisha, India dan wanita yang berusia 70 tahun itu dihukum kerana telah memakan sayur yang dipetik dari kebun anaknya di Kampung Sarasapasi. Kata sumber, ketika pertengkaran antara dua beranak itu semakin tegang, anak lelaki mangsa bertindak mengikat ibunya pada tiang dan memukulnya.

Kemarahan anak lelaki wanita itu tidak dapat dikawal sehingga penduduk kampung terpaksa campur tangan, namun mereka diugut.

Dakwaan Telah Difailkan

Mengulas lanjut, wanita itu kemudiannya diselamatkan oleh penduduk kampung dan telah dihantar ke Pusat Kesihatan Komuniti Basudevpur untuk menerima rawatan lanjut.

“Wanita itu dimasukkan ke pusat rawatan berkenaan pada 20 Disember lalu,” jelas Dr. Abhijit Dixit dari Pusat Kesihatan Komuniti Basudevpur.

Kini, dakwaan terhadap anak lelaki wanita terbabit sudah difailkan di bawah undang-undang berkaitan.

Kredit: India Today

[fbcomments]