Seorang pelajar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka dilaporkan maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah kenderaan di simpang hadapan Balora Mustika Bandar Jengka, Pahang pada Ahad.

Makcik Keluar Simpang Melulu Hingga Merempuh Penunggang Motosikal Sampai Maut

Menurut Ketua Polis Daerah Maran iaitu Deputi Superintenden Mohamad Zamri Mohamad Zaber, beliau memaklumkan bahawa kemalangan tersebut melibatkan motosikal Yamaha R250 dan kereta Nissan Sylphy.

Katanya, kejadian yang berlaku sekitar jam 9.15 malam itu melibatkan mangsa yang bernama Ahmad Imran Aiman Md Mubin, 23, dari Felda Lepar Utara 1 sedang dalam perjalanan dari UiTM Jengka menghala ke Bandar Jengka, Pahang.

“Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba sebuah kereta keluar simpang di sebelah kanan secara melulu lalu dilanggar motosikal mangsa yang sedang bergerak lurus di jalan utama,” ujarnya dalam kenyataan pada Isnin.

Kata Zamri, akibat daripada kemalangan tersebut mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu wanita berusia 64 tahun dan anaknya berusia 24 tahun mengalami kecederaan.

Kedua-dua anak beranak itu kini mendapatkan rawatan di Hospital Jengka, Pahang.

Jelas Zamri, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Kredit: Astro Awani

[fbcomments]