fbpx

Baru-baru ini tular sebuah video di media sosial yang memaparkan seorang penunggang motosikal hampir kehilangan nyawa apabila motosikalnya bertembung dengan sebuah kereta yang dipercayai telah melanggar lampu isyarat merah di Jalan Seremban-Kuala Pilah berhampiran lampu isyarat SIGC dekat Seremban, Negeri Sembilan pada Rabu.

Video di bawah:
https://x.com/majoritionline/status/1785993072377245863?s=46&t=lOtDPMyIYmtDu_EQulWeUw

Rider Melambung Jauh Akibat Wanita Warga Emas Langgar Lampu Merah

Menurut laporan Majoriti Official, Ketua Polis Daerah Seremban iaitu Asisten Komisioner iaitu Mohamad Hatta Che Din, beliau memaklumkan bahawa kejadian berlaku pada jam 10.35 pagi yang melibatkan motosikal Yamaha Y15ZR ditunggang lelaki berusia 44 tahun dan sebuah kereta Nissan Sentra dipandu wanita warga emas berusia 66 tahun.

“Berdasarkan siasatan awal, motosikal itu bergerak dari arah Ampangan menuju ke Paroi. Namun, setibanya di lokasi kejadian, kereta dipandu warga emas itu dipercayai tidak berhenti ketika lampu isyarat merah.

“Kereta itu membelok ke kanan dan melanggar bahagian hadapan motosikal,” katanya.

Mohamad Hatta turut menjelaskan kemalangan tersebut telah mengakibatkan penunggang motosikal cedera di muka dan badan dan telah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar untuk menerima rawatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Mohd Zaman di talian 012-7173867 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Kredit: Majoriti Official

[fbcomments]