Setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.

Allah menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan penuh dengan onak duri.

Rezeki setiap hambanya juga tidak sama. Ada yang diuji dengan kesukaran serta ada juga yang diuji dengan kesihatan. Begitulahyang dihadapi oleh Pak Cik Hamid ini, yang kisahnya dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Nurul Dewan.

KASIH SEORANG AYAHNurul nak share kisah semalam, Nurul dgn adik beradik bertolak balik ke shah alam dari kedah.. Balik…

Posted by Nurul Dewan on Ahad, 23 Ogos 2020

R&R Gurun

Menurut Nurul, semasa dia pulang ke kampung bersama adiknya, dia ada singgah di R&R Gurun dan dia ternampak seorang warga emas sedang duduk di depan parking kereta.

Pakcik tersebut jual ayat-ayat suci Al-Quran, dengan keadaan dirinya yang uzur, semput dan nampak sangat tak bermaya. Namun demi mencari rezeki, pak cik ini gagahkan juga diri.

Anak hantar naik motor

Mai naik motor. Satgi pukul 9 dia mai ambik pakcik

Anak pakcik umur 25 dah, dia xkawen lagi, pakcik ada sorg tu saja anak, dia pon keja dekat shell aloq setaq, satgi abis keja dia mai la ambik pakcik”, Pakcik nak tlg anak pakcik sb kesian kt dia keja sorg2 nak tanggung semua 3 beranak, nak bayaq api, ayaq, makan lagi, jadi pak cik kesian dkt dia”.. Anak pakcik pon klu boleh xmaw pakcik buat keja dah.

Bila keadaan memaksa memang tiada pilihan terpaksa buat juga.. Tak semua orang faham .

Bayangkan naik motor malam-malam dengan keadaan pakcik ni semput tak sihat.. Ya Allah, wlupon dlm keadaan mcm tu pakcik tu tetap bersyukur sb masih ada moto..Anak dia pon anak yg baik, trpaksa buat mcm ni demi menampung hidup…

.

[fbcomments]