Sudah hampir dua bulan berlalu sejak insiden kemalangan yang meragut nyawa salah seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nurly Sahirah Azman, namun kisah pemergiannya masih terus meninggalkan kesan mendalam dalam kalangan masyarakat yang bukan hanya di Malaysia, malah hingga ke luar negara.

Baru-baru ini, sebuah video tular di media sosial memaparkan kehadiran dua beradik warga Perancis di pusara Allahyarhamah Nurly di Besut, Terengganu. Kehadiran mereka menarik perhatian ramai, apatah lagi apabila diketahui bahawa lelaki berkenaan, Muhammad Aris, adalah seorang wartawan televisyen di Perancis, manakala adiknya, Fatimah, kini menetap dan bekerja di Kuala Lumpur.

@_.eeiqwan

Saya boleh buktikan bahawa itu memang berlaku,” ujar wartawan dari Paris itu, selepas hadir ke rumah Almarhumah Nurly Sahirah Binti Azman dan berkongsi pengalaman beliau yang menyentuh hati. #nurlysahirah #upsi #foryourpage #30juz #RezekiAllahSWT #alfatihah #alhamdulillah #france🇫🇷

♬ original sound – Aki Seruling – AKI Seruling

Warga Perancis Menziarahi Pusara Nurly Sahirah, Akui Kisah Arwah Ubah Pandangan Hidup & Dekatkan Diri Pada Islam

Menurut bapa Allahyarhamah, Azman Mohamad, 63, dua beradik itu hadir pada hari Jumaat, khusus untuk menziarahi pusara anaknya yang mereka kenali menerusi kisah menyayat hati yang dilaporkan sebelum ini.

Apa yang lebih mengharukan, Aris dan Fatimah berkongsi pengalaman peribadi mereka ketika berada di pusara berkenaan. Menurut Aris, dia terkesan dengan suasana di situ dan mengakui terhidu haruman wangi yang menyentuh perasaannya. Katanya lagi, pengalaman itu turut memberi kesan mendalam terhadap dirinya, terutamanya dalam soal keimanan.

“Saya datang ke sini kerana ingin mendekati mereka yang mencintai Allah. Kisah arwah memberi inspirasi kepada saya untuk lebih mengenali Islam,” ujar Aris yang menyatakan hasratnya untuk mengkhatamkan al-Quran sebaik kembali ke Perancis.

Fatimah pula menjelaskan bahawa dialah yang mengajak abangnya menziarahi pusara berkenaan selepas mengetahui arwah merupakan seorang pelajar hafizah yang meninggal dunia dalam perjalanan menuntut ilmu. Katanya, pemergian Nurly adalah sesuatu yang sangat mulia dan memberi dorongan untuk mereka lebih dekat dengan nilai-nilai keagamaan.

“Saya kagum dengan cara keluarga ini membesarkan anak mereka. Semoga roh arwah sentiasa dirahmati Allah,” katanya.

Difahamkan, pusara Nurly Sahirah terus diziarahi oleh orang ramai hingga ke hari ini. Pada Sabtu lalu sahaja, lebih 3,000 pengunjung dilaporkan hadir, manakala pada hari-hari biasa pula ratusan masih tidak putus menziarahinya.

Kredit: TikTok _.eeiqwan

 

 

[fbcomments]