Memiliki sebuah kenderaan lama tidak melambangkan seseorang itu miskin dan hina. Selepas beberapa tahun tidak menggunakan kereta kesayangan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), selebriti Malaysia iaitu Jasmin Hamid kini kembali menggunakan kenderaannya itu tanpa rasa segan dan silu kerana ianya sebuah kereta lama.
Pernah Dihina Dan Digelar Artis Miskin Sebab Pakai Kereta Lama
Berdasarkan sumber yang dilihat dari perkongsian Jasmin Hamid di laman Instagram, beliau mendedahkan bahawa dirinya pernah dipandang hina dan digelar artis miskin hanya kerana beliau menggunakan kereta jenis Proton Wira yang lama.
“Alhamdulilah my ferari (kereta saya) sudah bangun dan bawa saya makan cendol selepas beberapa tahun ditidurkan sebab PKP. Nama dia Bobob. Bila Bobob bawa saya jalan, ada segelintir manusia yang pandang senget dekat saya. Takkan artis pakai wira lama? Dah jatuh miskin ke?”, luahnya dalam satu hantaran yang dikongsikan di laman Instagram pada Khamis, semalam.
Tidak Peduli Orang Mengata
Walaupun dirinya menerima kritikan sebegitu, namun beliau tetap gembira menaiki Bobob sambil ditemani suami tercinta iaitu Nazmir Abdul Rahim. Beliau juga tidak mengendahkan sebarang cacian yang dilontarkan, bahkan beliau tetap mempertahankan Bobob dari dipandang hina oleh masyarakat.
“Kenapa eh? Haram ke pakai Wira lama? Kereta buruk? Saya okay je pakai Wira lama, yang awak alahan kenapa? Pada yang banyak cakap tu, nak belikan kereta baru untuk saya ke? Kalau tak, tuutp mulut dan telinga rapat-rapat”, katanya lagi.
Kredit: Instagram jasminhamidjh