Seperti yang kita semua tahu, peningkatan kes positif Covid-19 di Sabah semakin meningkat. Oleh itu kerajaan terpaksa membuat PKPD. Tindakan ini sudah pasti akan menjejaskan sumber pendapatan mereka.

Oleh itu, pelakon Aeril Zafrel telah mengambil inisiatif untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang terkesan terutamanya penduduk Sabah yang berada di Zon Merah.

Siap-siap bagi nombor akaun

Menerusi perkongsian di Instagram, Aeril meminta sesiapa yang memerlukan bantuan untuk menghubunginya menerusi ‘direct message’ (DM) berserta nombor akaun bank dan dia akan memberikan sedikit sumbangan.

View this post on Instagram

Siap2 bg account no ya 😊…

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

Setakat ini terdapat 15 daerah telah diisytiharkan zon merah di Sabah iaitu Tawau, Lahad Datu, Semporna, Kunak, Tuaran, Penampang, Putatan, Kota Kinabalu, Sandakan, Papar, Kota Belud, Keningau, Tambunan, Beaufort dan Ranau.

Kaji latar belakang sebelum beri bantuan

Walau bagaimanapun, menurut pelakon ini ketika di tanya oleh pihak wartawan Harian Metro, dia juga akan mengkaji latar belakang mereka yang mahukan bantuan sebelum menyalurkan bantuan berupa wang ringgit.

Dalam situasi sekarang, ada orang yang benar-benar memerlukan bantuan dan ada juga yang masih berkemampuan, tapi sengaja ingin mendapatkan bantuan. Jadi, saya akan kaji dulu latar belakang mereka dan sekiranya mereka benar-benar perlu dibantu, saya akan tolong.

Tahun ini, kita semua berjuang untuk hidup dengan pelbagai dugaan. Allah sudah berikan saya rezeki, jadi apa salahnya saya bantu mereka yang memerlukan.

[fbcomments]