fbpx

Pasangan suami isteri dilaporkan maut dan tiga anak mereka cedera apabila kereta yang dinaiki terlibat dalam nahas kemalangan berhampiran di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Banjaran Titiwangsa dekat Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada Ahad.

Terdapat 10 Mangsa Terlibat Dalam Nahas, 2 Daripadanya Meninggal Dunia

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak iaitu Sabarodzi Nor Ahmad, beliau memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 12.23 tengah hari dengan 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik digerakkan ke lokasi.

Sabarodzi memberitahu secara keseluruhan terdapat 10 mangsa yang terlibat dalam nahas terbabit, dimana dua mangsa meninggal dunia manakala lapan yang lain cedera.

Katanya, nahas membabitkan dua kenderaan iaitu Proton Persona yang dinaiki lima mangsa dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Innova yang juga dinaiki lima mangsa.

Beliau turut memaklumkan bahawa individu yang menaiki Toyota Innova terdiri daripada seorang lelaki dan empat wanita.

“Nahas ini mengakibatkan keseluruhan 10 orang mangsa di mana tiada mangsa tersepit. Dua mangsa yang juga suami isteri meninggal dunia manakala lapan yang lain cedera.

“Setibanya bomba di lokasi mangsa sudah dikeluarkan dan anggota bomba membantu pihak perubatan menguruskan mangsa-mangsa itu. Mangsa dihantar ke Hospital Gerik menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan, ambulans Angkatan Pertahanan Awam (APM), dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) JBPM,” jelasnya semalam.

Kredit: Buletin TV3

[fbcomments]