fbpx

Masihkah anda ingat atau kenal dengan YouTuber Muslim dari Korea Selatan bernama Daud Kim ini? Dulu namanya pernah naik semasa dia memeluk Islam dan bertemu serta belajar bertaranum dengan Juara Qariah Tilawah Al-Quran dari Malaysia, Farhatul Fairuzah.

Sejak kebelakangan ini, nama beliau menjadi trending setelah ada seorang wanita menuduhnya cubaan rogol.

Walau bagaimanapun, menurut Daud, kejadian itu berlaku setahun 2 bulan yang lalu, sebelum dia memeluk Islam.

Mengaku silap dan minta maaf

Namun begitu, Daud Kim telah menerangkan apa yang berlaku dan mengakui bahawa kejadian tersebut berlaku pertengahan tahun lalu dalam keadaan dia sedang mabuk dan belum beragama Islam.

Pada 27 Jun 2019, saya minum sendirian di sebuah kelab di Hongdae, dan saya bertemu dengan 2 orang gadis di sana. Kami bercakap dan bertukar nombor. Beberapa jam kemudian, saya menghantar teks kepada salah seorang dari mereka, mengatakan bahawa saya ingin bertemu dengannya. Dia memberi saya alamat rumahnya dan mengizinkan saya datang.

Daud Kim menjelaskan lagi bahawa ketika itu dia dalam keadaan terlalu mabuk.

Kerana saya terlalu mabuk dan dalam keadaan tidak baik, dia ingin menjaga saya. Setelah berbual sedikit, saya tertidur di sofa dan kemudian saya pengsan. Selepas saya bangun, saya teringat seseorang menjerit kepada saya. Mereka memberitahu bahawa mereka akan melaporkan saya kepada polis. Saya benar-benar panik sehingga saya bergegas keluar dari tempat itu.

[fbcomments]