Bekas model dan usahawan Zahnita Dorothy Hussein Wilson baru-baru ini berkongsi pengalaman menjalani ujian saringan air kencing atas permintaan pihak berkuasa ketika membuat permohonan mendapatkan khidmat polis pengiring untuk menjemput dua anaknya dari rumah bekas suami.
![]()
Video di bawah:
https://fb.watch/wronht7-rQ/?mibextid=z4kJoQ
Zahnita Diminta Buat Ujian Saringan Air Kencing, Keputusan Negatif
Menurut Zahnita, meskipun beliau tidak memahami sepenuhnya tujuan ujian tersebut, beliau akur demi memastikan proses berjalan lancar.
“Saya diminta menjalani ujian air kencing untuk melengkapkan proses permohonan ini. Saya tidak keberatan melakukannya kerana tiada apa yang perlu disembunyikan. Keputusan ujian juga menunjukkan saya negatif daripada sebarang bahan terlarang,” ujar Zahnita.
Proses membawa pulang dua anak perempuannya itu bagaimanapun tidak berjalan mudah. Zahnita mendakwa wujud halangan ketika ingin mengambil anak-anaknya yang masih menetap bersama bekas suami, Abdul Zackery Ghouse Abd Gafoor.
![]()
Namun, beliau bersyukur kerana akhirnya berjaya membawa pulang kedua-dua anak tersebut setelah mendapat hak penjagaan sementara daripada Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 6 Disember lalu.
“Saya memahami situasi yang dihadapi oleh anak-anak, terutamanya berkaitan persekolahan mereka sebelum ini. Oleh itu, saya beri ruang kepada ayah mereka untuk menguruskan penghantaran ke sekolah. Namun, proses membawa mereka keluar dari rumah tidak berjalan dengan baik kerana terdapat halangan,” tambah Zahnita.
Zahnita sebelum ini mencetuskan perhatian apabila mendedahkan kisah keganasan rumah tangga yang dihadapinya sepanjang perkahwinan bersama Abdul Zackery.
![]()
Melalui media sosial, beliau memuat naik gambar yang menunjukkan kecederaan pada bahagian mata kirinya yang didakwa berpunca daripada pergaduhan berkaitan isu orang ketiga.
Kesannya, Zahnita telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan pada 3 Disember lalu. Langkah ini diambil bagi melindungi dirinya dan mendapatkan hak penjagaan ke atas anak-anaknya.
Kredit: Sinar Harian, Malaysia Gazette