fbpx

Bekas pelakon dan model, Zahnita Dorothy Hussein Wilson, memilih untuk meninggalkan dunia seni dan menolak tawaran bernilai RM150,000 daripada sebuah jenama pakaian raya terkenal.

Keputusan itu dibuat bagi memberi sepenuh perhatian kepada perniagaan pai yang sedang diusahakannya iaitu Zahnita’s Humble Pie.

Video di bawah:

https://vt.tiktok.com/ZSj3dPwTn/

Zahnita Tolak Tawaran Jakel Bernilai RM150K, Mahu Fokus Bisnes Pai

Menurut Zahnita, keputusan tersebut bukanlah sesuatu yang mudah, namun dia yakin keutamaannya kini adalah untuk memastikan perniagaan tersebut berkembang dengan jayanya.

“Saya sangat berbesar hati dengan tawaran itu, tetapi masa saya kini terhad.

“Bisnes ini memerlukan komitmen penuh dan saya mahu memastikan ia berjaya sebelum memikirkan hal lain” katanya.

Zahnita juga mengakui bahawa dunia masakan telah menjadi terapi baginya, terutama dalam mengharungi pelbagai cabaran hidup. Tambahnya, melihat sambutan positif daripada pelanggan terhadap hasil tangannya memberikan satu kepuasan yang mendalam.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan untuk kembali ke dunia peragaan, Zahnita dengan tegas menyatakan bahawa fokusnya kini adalah perniagaan.

Baginya, ia bukan sahaja platform untuk berkreativiti tetapi juga peluang untuk membina kestabilan kewangan yang lebih baik.

Dalam perkembangan lain, Zahnita dilaporkan telah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Abdul Zackery Ghouse, di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang. Pasangan ini telah berkahwin sejak 2005 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Ini bukan kali pertama Zahnita menghadapi ujian rumah tangga, namun beliau kekal positif dan tabah dalam menguruskan kehidupannya.

Kredit: TikTok Nona

 

[fbcomments]