Nama pelakon dan model terkenal, Zahnita Wilson, kembali menjadi perhatian selepas seorang individu tampil membuat pendedahan mengenai isu rumah tangga selebriti itu yang didakwa tidak berasas.

Individu yang dikenali sebagai Nur Hanisah, dipercayai merupakan bekas rakan kongsi Zahnita, mendakwa pelbagai kenyataan yang dikeluarkan oleh selebriti itu sebelum ini termasuk dakwaan dianiaya suami hanyalah rekaan semata-mata.

Zahnita Wilson Didakwa Mereka Cerita Isu Rumah Tangga, Bekas Rakan Kongsi Tampil Bersuara

Menurut Hanisah, beliau sudah lama mengenali Zahnita dan mendakwa pernah membantu selebriti itu keluar dari rumah suami sejak tahun lalu. Bagaimanapun, Hanisah mendakwa Zahnita telah memutar belit pelbagai fakta yang menyebabkan keadaan menjadi keruh, termasuk isu kononnya berlaku penderaan rumah tangga.

Jelas Hanisah, kenyataan Zahnita yang mengatakan dirinya pernah ditumbuk suami adalah tidak benar. Sebaliknya, beliau mendakwa kecederaan pada wajah Zahnita berpunca daripada insiden melibatkan anak bongsunya yang secara tidak sengaja menghempap mainan ketika tidur.

Tambahnya lagi, dakwaan bahawa suami Zahnita merosakkan kehidupannya juga disifatkan tidak berasas. Malah, menurut Hanisah, lelaki berkenaan telah banyak memberikan sokongan kewangan dan moral kepada Zahnita dalam pelbagai aspek, termasuk urusan peribadi dan keluarga.

Pendedahan itu dibuat menerusi beberapa hantaran di Instagram Stories milik Hanisah pada malam Khamis. Dalam hantaran tersebut, Hanisah turut menegaskan bahawa tindakannya tampil bersuara bukan didorong oleh mana-mana pihak, sebaliknya demi masa depan anak-anak pasangan berkenaan serta untuk membuka mata Zahnita agar menyedari kesilapan yang dilakukan.

Hanisah juga menyatakan kesediaannya untuk berdepan sebarang tindakan undang-undang sekiranya perlu, demi membela kebenaran dan kepentingan anak-anak yang terlibat.

Setakat ini, tiada kenyataan balas dikeluarkan oleh Zahnita berhubung dakwaan yang tular itu.

Kredit: Mstar

 

 

[fbcomments]