fbpx

Pada Khamis semalam kecoh tentang punca kematian kanak-kanak autistik yang bernama Zayn Rayyan apabila pihak polis mendapati mangsa sebenarnya telah dibunuh kerana terdapat kesan jerutan di bahagian leher dan beberapa bahagian lain di badannya.

Polis Percaya Zayn Rayyan Dibunuh Di Lokasi Lain

Berdasarkan laporan yang dilihat dari Mstar, difahamkan pihak polis percaya mangsa yang berumur enam tahun itu telah dibunuh di lokasi berasingan sebelum mayatnya ditinggalkan dan diletakkan di sebatang sungai di mana tempat mayat ditemukan. Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memaklumkan bahawa hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan luka di bahagian leher dan tubuh mangsa punca daripada pergelutan.

“Dalam konteks ini (punca kematian) saya rasa elok saya sebut siasat menemui defensive wound (kecederaan akibat mempertahankan diri). Apa yang dapat kita tahu, kemungkinan mangsa meninggal dunia dalam tempoh 48 jam.. yang pasti punca bukan sebab lemas”, jelasnya kepada media.

Kemungkinan Suspek Tinggal Di Kawasan Sama

Kata Mohd Shuhaily lagi, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan suspek menetap di kawasan perumahan yang sama dengan si mangsa.

“Kita masih melihat kemungkinan yang ada sekiranya pelaku adalah mereka (yang tinggal) di kawasan sekitar kawasan kanak-kanak itu hilang. Apa yang kita akan buat adalah meneliti semula lokasi kejadian semampu yang boleh,”ujarnya.

Kredit: Mstar

[fbcomments]