fbpx

Pelawak Zizan Razak masih belum bertemu jodoh meskipun usianya yang sudah menginjak 39 tahun. Zizan mengaku sikapnya yang mementingkan kesempurnaan baik dari segi personaliti atau pun kerjaya telah menjadikannya sukar untuk mencari pasangan hidup.

Karakter Main Peranan Selain Fizikal

Zizan mengakui dirinya agak memilih dan perfectionist. Walaupun Zizan mungkin tertarik dengan seseorang dari segi fizikal, karakter wanita tersebut juga memain peranan yang penting.

“Saya harus mengaku bahawa saya agak memilih dan cenderung menjadi seorang yang ‘perfectionist’. Kadang-kadang, saya berjumpa dengan wanita yang menarik secara fizikal, tetapi apabila saya perhatikan cara mereka bercakap dan mendapati bahawa ia agak kasar, saya menjadi ragu tentang keserasian kami.”

Tidak ramai boleh faham kerjaya seorang pelawak

Zizan juga risau sekiranya gaya hidup dan kerjayanya tidak dapat diterima oleh bakal isterinya. Pelawak berasal dari Terengganu itu berkata kerjayanya sebagai pelawak memerlukan komitmen yang tinggi dan acap kali dia terpaksa pulang hingga lewat malam .

“Kerja saya pun satu hal lain. Pelawak majoritinya sensitif dan bukan semua orang faham. Saya balik lewat pagi, dengan ibu pun kami kadangkala seminggu tak jumpa.

“Jadi siapakah bakal isteri saya yang boleh tunggu begini. Mungkin seminggu dua dia kata okey tapi kalau bertahun begitu, bolehkah dia terima.

“Sejujurnya saya banyak fikirkan orang, bukan mahu si dia sahaja yang sempurna, tetapi saya juga inginkan kesempurnaan untuknya,” katanya.

Zizan juga seorang yang serius

Zizan juga berkata inginkan seseorang yang boleh menerima sisi tegasnya disebalik persona kelakar yang ditunjukkan di kaca televisyen.

“Dalam televisyen saya memang kelakar, tetapi di belakang saya adalah lelaki yang sangat serius. Orang tidak tahu perkara itu, sebab itu saya kata pelawak ini bukan orang gila.

“Saya takut bakal isteri beri tanggapan berbeza. Seseorang itu perlu terima saya bukan sebagai pelawak. Jadi seeloknya sekarang saya fokus dahulu terhadap kerjaya,” katanya.

Sumber: Kosmo!

[fbcomments]