Dua hari lepas, Shuib Sepahtu telah upload gambar keretanya yang disita oleh pihak SPRM kerana kes ubah wang yang sedang dalam siasatan. Kereta jenis Ford Ranger itu telah dipulangkan semula dan Shuib telah memuat naik gambar keretanya itu bersama isterinya di depan kedai Bubble Bee miliknya.

Menepis dakwaan Shuib terlibat kes pengubalan wang haram

Dengan tersebarnya gambar itu, sekaligus ia telah menepis dakwaan bahawa Shuib Sepahtu ada terlibat secara langsung dengan kegiatan yang sedang disiasat oleh pihak SPRM.

Seperti yang kita semua ketahui sebelum ini, Iesya Toh merupakan salah satu individu yang lantang dalam menyuarakan kes ini. Lantaran itu, terdapat juga followers meminta Iesya Toh mohon maaf pada Shuib.

Tidak mahu berpanjangan, akhirnya Iesya Toh dengan rendah diri telah memberi respon dan memohon maaf kepada Shuib berkaitan post berkenaan.

Terima kasih kerana memfitnah saya

Dalam pada itu, diruang instagram juga, Shuib dilihat ada memberi respon dan turut tag nama Iesya Toh.

Iesya Toh, terima kasih kerana banyak sebar dan fitnah saya. Saya doa agar awak diberkati dan dirahmati selalu.

Perbualan ini sekaligus membuatkan ramai follower yang memberi respon mereka di post berkenaan. Ada yang menyokong Shuib dan ada yang kagum dengan Iesya Toh kerana beri mohon maaf secara terbuka.

Sementara itu, di IG Iesya Toh, pengacara ini ada memberi respon balas tentang dakwaan dia ada membuat ftnah ke atas Shuib, sebaliknya mengatakan apa yang ditulis adalah berdasarkan fakta semata.

[fbcomments]