Hanya kerana tak sempat nak order makan kerana sudah lewat, sekumpulan lelaki telah bertindak agresif dengan membaling kerusi dan meja milik restoran tersebut.
Video perlakuan sekumpulan tersebut telah tular di media sosial.
Gaduh di Restoran Sri Paandi Brickfields…
Just Now Happened at Restaurant Sri Pandi Brickfields Little India KL…
28/02/2021 11:PmTo Share & Care Like Our Page please 👇🏼👇🏼
https://www.facebook.com/AmpangTamilan2.0/
Posted by Ampang Tamilan 2.0 on Sunday, February 28, 2021
Berdasarkan video berdurasi 1:47 saat itu memaparkan sekumpulan lelaki sedang mengamuk dan merosakkan harta benda di sebuah restoran yang terletak di Jalan Tun Sambathan, Kuala Lumpur kerana berang selepas gagal memesan makanan di restoran tersebut.
Pihak restoran didakwa tidak dapat memenuhi permintaan pesanan pelanggan tersebut kerana mereka sedang dalam persediaan untuk menutup operasi. Oleh itu, kumpulan lelaki ini telah ‘naik hantu’ dan membuat kecoh sebelum bertindak membaling kerusi dan meja restoran tersebut.

