Pencipta lagu “Abuya Skibidi” iaitu Amir Syamsul, menafikan bahawa lagu jenaka ciptaannya itu mempunyai sebarang kaitan dengan organisasi Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) ataupun ditujukan untuk menyindir mana-mana pihak.
![]()
Tak Sangka Lagu “Abuya Skibidi” Menjadi Tular
Menurut Amir, lagu tersebut dihasilkan secara suka-suka menggunakan teknologi AI, tanpa sebarang niat tersembunyi, namun tidak disangka menjadi tular dan menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat.
Amir turut menjelaskan maksud perkataan “skibidi” hanyalah sesuatu yang lucu, dan perkataan “Abuya” dalam liriknya tidak merujuk kepada mana-mana individu tertentu, termasuk mereka yang sudah meninggal dunia.
Beliau mengakui menerima teguran dan kecaman, namun menegaskan bahawa isu semasa yang dikaitkan dengan lagu tersebut adalah di luar kawalannya dan tidak ada kena-mengena dengan ciptaan beliau.
Bagi Amir, lagu tersebut hanyalah hiburan ringan yang kebetulan mendapat perhatian dalam konteks semasa yang tidak dijangkakan.
Beliau juga menambah bahawa sehingga kini, tiada mana-mana pihak yang menghubunginya secara rasmi berkenaan dengan isu ini.
Bagaimanapun, Amir berpendirian tenang dan tidak melatah dengan reaksi yang diterimanya, sambil berharap orang ramai memahami bahawa karya itu tidak lebih daripada sekadar hiburan.
Kredit: Mstar