Pelakon Abby Abadi atau nama penuhnya Arbaiyah Abdul Manan, tampil menggesa Mahkamah Syariah agar mengambil tindakan tegas terhadap menantunya, Ahmad Aslam, susulan isu perkahwinan anaknya, Marissa Dania, yang masih belum menemui penyelesaian.

Abby, 48, meluahkan rasa kecewa dan berang melalui perkongsian di platform Threads mengenai kelewatan dan komplikasi pengesahan perkahwinan yang berlaku sejak hampir dua tahun lalu.

Abby Abadi Luah Rasa Kecewa, Mahu Mahkamah Ambil Tindakan Terhadap Menantu

Dalam perkongsiannya, Abby menekankan bahawa tindakan pihak lelaki yang gagal mendaftarkan sijil perkahwinan meskipun telah mendirikan rumah tangga di luar Malaysia sepatutnya mendapat perhatian serius daripada pihak berkuasa.

“Kalau mak ayah bertindak, takut kita pula yang ke dalam,” ujarnya, sambil mempersoalkan mengapa wanita sering dipandang hina manakala lelaki seolah-olah tidak berdepan sebarang hukuman.

Terdahulu, Marissa Dania dan Aslam hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada pagi Isnin bagi prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk mereka. Menurut peguam syarie Aslam, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri, Aslam telah melafazkan cerai dan rujuk terhadap Marissa sebanyak dua kali.

Lafaz cerai pertama berlaku pada September 2024, diikuti dengan rujuk dalam bulan yang sama, manakala lafaz cerai kedua dibuat pada April 2025 dan pasangan itu dilaporkan kembali rujuk pada Jun.

Prosiding ini menimbulkan perdebatan mengenai perlunya tindakan lebih tegas terhadap lelaki yang mengabaikan tanggungjawab pendaftaran perkahwinan, bagi memastikan keadilan bagi pihak perempuan terjaga.

Kredit: Threads abbyabadi_112

[fbcomments]