Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan sekumpulan individu sedang berzikir di kawasan tanah perkuburan, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di kawasan perkuburan Islam di Setapak, Kuala Lumpur, dan dirakam dari jarak jauh oleh orang awam.
@bernamatvofficial TULAR ZIARAH KUBUR TAMAN IBU KOTA Tular sebuah video dikongsi warga maya menunjukkan amalan ziarah kubur yang didakwa warga maya agak berlainan oleh sekumpulan individu di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur. Untuk perincian lebih jelas, nantikan perkembangan dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Kredit Video : Rizuwan Rosly #digitalbernamatv #tular #ziarahkubur #raudhatulsakinah #tamanibukota #jawi
Kejadian Zikir Di Tanah Perkuburan Jadi Perhatian, Polis Rujuk Kes Ke JAWI
Menurut saksi, video itu dimuat naik ke media sosial bagi menimbulkan kesedaran kerana dikhuatiri amalan tersebut bercanggah dengan ajaran Islam. Video berkenaan dengan pantas menarik perhatian ramai, namun telah dipadam oleh pemilik akaun selepas laporan dibuat kepada pihak berkuasa.
Ketua Polis Daerah mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pagi Ahad. Kes tersebut kini dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk siasatan lanjut.
Pemilik akaun yang memuat naik video itu menjelaskan tindakan memadam hantaran berkenaan diambil bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan tanpa gangguan spekulasi yang tidak berasas.
Kredit: Buletin TV3, Bernama