Sebuah momen penuh emosi tercetus di Bukit Bintang apabila lagu Kesetiaan, yang pernah dipopularkan oleh arwah Siti Sarah Raissuddin, didendangkan semasa sesi busking.
Lagu itu dinyanyikan oleh anak perempuannya, Dzahira Thalita Zahra, yang tidak dapat menahan sebak di pertengahan persembahan.
![]()
Thalita Nangis Ketika Dendangkan Lagu Arwah Ibu Di Khalayak Ramai
Dalam suasana sayu, Thalita cuba meneruskan nyanyiannya, namun emosi yang menguasai membuatkan suaranya tersekat dan air matanya mula mengalir. Menyedari situasi itu, penyanyi remaja Ummi Umairah atau Umai bangun untuk menyokong Thalita.
Dengan penuh empati, Umai memeluknya sambil membantu menyambung nyanyian sehingga selesai, memberikan kekuatan kepada gadis itu untuk kembali berdiri.
![]()
Nyanyian Thalita nyata mencuri perhatian ramai apabila suaranya yang hampir mirip dengan arwah ibunya membuatkan penonton yang hadir dan warganet yang menyaksikan rakaman tersebut terkenang kembali figura Siti Sarah.
Banyak komen di media sosial meluahkan rasa rindu terhadap arwah dan memuji keberanian serta bakat besar yang dimiliki Thalita.
![]()
Selain Kesetiaan, Thalita turut menyampaikan lagu Kekasih Bayangan dalam sesi tersebut, menonjolkan kebolehannya yang diwarisi daripada arwah ibunya.
Kredit: TikTok era.je