Persahabatan sejati bukan hanya diuji ketika susah, tetapi juga dilimpahi makna apabila kejayaan dikongsi bersama. Itulah yang dibuktikan oleh usahawan dan pelawak terkenal, Shuib Sepahtu, apabila dia membuat kejutan istimewa kepada rakan seperjuangannya, Mamat, dengan membuka sebuah kedai makan dinamakan Sepah Penyet.
![]()
Video di bawah:
https://www.instagram.com/reel/DIsgya-StOW/?utm_source=ig_web_button_share_sheet
Rezeki Tak Pernah Salah Alamat, Shuib Buka Kedai Makan ‘Sepah Penyet’ Bersama Mamat
Momen menyentuh hati itu dikongsikan sendiri oleh Shuib di Instagram miliknya. Dalam rakaman tersebut, Shuib pada awalnya meminta Mamat membuat video promosi untuk jenama Bubble Bee sempena Hari Raya di hadapan sebuah premis, tanpa mendedahkan rancangan sebenar.
Namun, sebaik saja Mamat menyedari nama “Sepah Penyet” terpampang besar pada papan tanda restoran tersebut, air matanya tidak dapat ditahan. Emosi sebak jelas terpancar di wajahnya, tanda terharu atas kejutan yang tidak disangka-sangka daripada seorang sahabat yang telah lama bersamanya dalam dunia seni.
![]()
“Rezeki tak pernah salah alamat. Kita buka kedai makan Mat… Sepah Penyet!” tulis Shuib.
Restoran yang dipercayai terletak di Melaka itu akan dirasmikan secara rasmi pada 26 April nanti. Shuib turut menzahirkan rasa syukur dan berharap segala urusan perniagaan itu berjalan lancar. Beliau turut mengajak orang ramai untuk hadir ke majlis pembukaan dan mengikuti akaun rasmi Sepah Penyet bagi menikmati pelbagai promosi menarik.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa kagum dengan keikhlasan Shuib dalam membantu dan menyokong sahabat lamanya.
![]()
Kredit: Instagram shuipsepahtu