Selepas beberapa hari isu keluarga menjadi perhatian ramai, akhirnya Marissa Dania mengambil langkah berani bertemu ibunya, Abby Abadi, untuk memohon maaf secara bersemuka.

Video di bawah:

https://vt.tiktok.com/ZSrKtax5V/

https://vt.tiktok.com/ZSrKn14LW/

Abby Abadi Sebak, Marissa Dania Tiba-Tiba Hadir Mohon Maaf Dalam Siaran Live

Pertemuan penuh emosi itu berlaku ketika Abby sedang melakukan siaran langsung di TikTok untuk mempromosikan produk jualannya. Ketika siaran berlangsung, Norman Hakim, yang juga bapa kepada Marissa dan bekas suami Abby, hadir dengan membawa sejambak bunga.

Tidak lama kemudian, Marissa muncul dan terus memeluk ibunya dengan penuh rasa sebak sambil memohon maaf. Situasi itu nyata menyentuh hati ramai apabila Abby dilihat mengesat air mata sebelum menamatkan siaran langsung tersebut.

Difahamkan, dalam pertemuan itu, Norman turut mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada Abby, mengakui dirinya juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

Sementara itu, di Instagram milik Norman, beliau turut berkongsi momen makan malam bersama isterinya, Memey Suhaiza, Marissa dan Abby di sebuah restoran. Gambar yang dimuat naik itu disertai kapsyen ringkas berbunyi, “Deep talk over dinner,” menunjukkan usaha keluarga ini untuk memperbaiki hubungan yang tercalar.

Kredit: Instagram normanhakim_786

 

 

[fbcomments]