Sebuah rakaman video yang tular di TikTok baru-baru ini membuka mata ramai apabila memaparkan kisah seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) yang sanggup meredah hujan dengan bertongkat demi mencari sesuap nasi.
@storie.my A simple meal is all he lives for today , Storie of Jefree #storiemy #Malaysia
Berjalan Dalam Hujan Dengan Bertongkat, Lelaki OKU Dibantu Individu Cina Buat Ramai Tersentuh
Lelaki yang dikenali sebagai Jefree itu dilihat berjalan perlahan di tepi jalan dalam keadaan hujan lebat, hanya bertemankan tongkat di kedua-dua tangan. Keadaannya yang kelihatan penat dan basah kuyup menarik perhatian seorang pengguna TikTok berbangsa Cina yang kebetulan melalui kawasan tersebut dan bertindak menghentikan kenderaan untuk membantu.
Pada mulanya, Jefree menolak bantuan kerana bimbang mengotorkan kenderaan lelaki tersebut. Dia menyatakan bahawa dirinya sudah terbiasa tidak dibantu sesiapa dan tinggal sebatang kara selepas kehilangan ibu bapa akibat kebakaran.
![]()
“Saya kotor, tak ada siapa nak tolong. Saya duduk satu orang. Ibu bapa saya dah tak ada. Tak boleh bang, saya kotor. Nanti kotor kereta,” kata lelaki itu menolak ajakan lelaki Cina tersebut,” ujarnya
Namun selepas dipujuk dengan ikhlas, Jefree akhirnya bersetuju menerima bantuan. Dia mengakui keadaan terdesak memaksanya keluar mencari makanan kerana tidak mampu menahan lapar hingga keesokan harinya.
Lelaki yang merakam kejadian itu kemudiannya membeli makanan panas dan beberapa bekalan kering seperti biskut serta air untuk diberikan kepada Jefree. Mereka turut singgah di rumahnya di Kampung Sungai Bil, Slim Village, yang kelihatan kosong tanpa sebarang perabot asas dan tidak mempunyai bekalan elektrik akibat kegagalan membayar bil.
![]()
Apa yang lebih menyentuh hati, Jefree dilihat menahan sebak dan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan individu yang membantunya, sesuatu yang menurutnya jarang berlaku dalam hidup seharian.
Malah, ada pengguna TikTok lain yang tampil menyatakan bahawa mereka pernah terserempak dengan Jefree yang sering berjalan kaki seorang diri untuk membeli makanan di sekitar kawasan berkenaan.
Kredit: TikTok storie.my