Seorang mahasiswi Tahun 1 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) maut, manakala dua lagi rakannya cedera selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 25.40 arah Timur Lebuhraya Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak pada petang semalam.
![]()
Pelajar Tahun 1 USIM Terkorban Dalam Nahas, Dua Lagi Cedera
Dua lagi mangsa yang turut berada dalam kenderaan sama ialah Nurul Huda Mohd Hassan dan Nurus Sakinah Hashim. Kedua-duanya merupakan pelajar Tahun 1 bagi program Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa di universiti sama. Mereka kini sedang menerima rawatan di Zon Kuning Hospital Selayang.
Dalam perkembangan berkaitan, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia menerusi satu kenyataan telah memaklumkan berita pemergian Allahyarhamah Nurul Syakirah kepada warga kampus dan orang ramai.
MPP turut mengajak masyarakat untuk menghadiahkan bacaan Al-Fatihah serta mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
![]()
Sementara itu, ibu kepada salah seorang mangsa yang cedera, Nurul Huda, turut berkongsi mengenai kejadian tersebut menerusi satu hantaran di Facebook.
Menerusi ruangan komen, wanita yang dikenali sebagai Noor Hayati memaklumkan bahawa anaknya hanya mengalami kecederaan ringan. Beliau turut menjelaskan seorang lagi mangsa mengalami patah pada kedua-dua belah kaki, manakala Nurul Syakirah yang memandu kereta disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Kredit: Berita Al Hijrah