Seorang wanita yang merupakan bekas isteri kepada bekas atlet renang paralimpik kebangsaan Malaysia, Anas Zul Amirul Sidi, tampil sekali lagi mendedahkan kemelut berpanjangan yang didakwa masih belum selesai melibatkan isu nafkah anak selepas perceraian mereka.
![]()
Bekas Isteri Dedah Isu Nafkah, Dakwa Hanya Terima RM25 Untuk Anak
Wanita dikenali sebagai Suffi Sofea mendakwa bekas suaminya hanya memberikan sebanyak RM25 sebagai nafkah untuk anak perempuan mereka, Miqayla Bunga Kayyisa. Dia turut berkongsi tangkap layar transaksi bank sebagai bukti kepada dakwaan berkenaan.
Menurutnya, bukan sahaja jumlah nafkah yang diterima terlalu kecil, malah dia mendakwa bekas suaminya sudah tidak menunaikan tanggungjawab sewajarnya sejak kira-kira empat bulan lalu. Dalam tempoh tersebut, dia berkata sering menghubungi Anas bagi mengingatkan tentang nafkah serta keperluan anak termasuk persiapan barangan sekolah dan kelengkapan hari raya, namun tidak menerima sebarang maklum balas.
Suffi turut mendakwa kali terakhir bekas suaminya bertemu dengan anak mereka adalah pada 1 Januari 2026, selain tidak lagi bertanya khabar mengenai keadaan anak selepas tarikh tersebut.
![]()
Jelasnya, isu yang dibangkitkan bukan lagi berkaitan kisah rumah tangga terdahulu, sebaliknya melibatkan tanggungjawab semasa terhadap anak mereka.
Dalam masa sama, Suffi mengakui sedar setiap perkongsiannya di media sosial sering mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai, namun menegaskan tindakannya dibuat demi memperjuangkan hak anaknya.
Dia turut berkongsi pengalaman perkahwinan terdahulu yang disifatkan berlaku tanpa hantaran, sambil berharap wanita lain tidak mengulangi pengalaman yang sama dalam rumah tangga mereka.
![]()
Untuk rekod, pasangan berkenaan sah bercerai talak satu pada 17 September tahun lalu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga. Suffi turut mendakwa ketika masih dalam tempoh iddah, dia terkejut apabila menerima gambar pernikahan bekas suaminya dengan pasangan baharu yang dihantar oleh bekas kakak iparnya, ketika tempoh iddahnya masih berbaki sekitar hari ke-66.
Kredit: Thread sxffiinzm