Seorang pempengaruh media sosial, Syed Abdullah Syed Abdul Rahman atau Space Dollah, yang juga abang kepada Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkongsi detik cemas apabila hampir lemas ketika bercuti di Bali, Indonesia pada 17 Jun lalu.

Kejadian itu berlaku ketika beliau mandi laut bersama Syed Saddiq serta beberapa ahli keluarga lain yang turut berada di lokasi berkenaan untuk urusan kerja dan percutian.

@spacedollah

Saya Hampir Mati Lemas di Bali, Indonesia – 17 June 2026 😭

♬ original sound – Spacedollah – Spacedollah

Space Dollah Hampir Lemas Di Bali, Syed Saddiq Jadi Penyelamat

Menerusi perkongsian di TikTok, Space Dollah berkata pada awalnya dia terlalu yakin dengan kemampuan dirinya untuk berenang sebelum dihanyutkan arus kuat ke kawasan laut lebih dalam tanpa disedari.

“Saya pergi ke laut dengan penuh keyakinan… saya fikir saya sangat pandai berenang. Ombak nampak biasa sahaja, tapi saya silap besar. Bila semakin jauh, ombak jadi semakin kuat dan saya mula sedar saya dah terlalu jauh dari pantai,” katanya.

Beliau turut menceritakan detik panik apabila cuba melawan arus namun semakin keletihan dan tidak lagi mampu mengawal keadaan.

“Saya cuba bertenang, saya baringkan badan dan harap ombak bawa saya ke pantai, tapi sebaliknya saya makin ditarik ke tengah. Masa tu saya dah mula terminum air laut dan tenaga semakin lemah. Saya jerit minta tolong beberapa kali tapi tiada siapa dengar,” katanya.

Dalam keadaan semakin kritikal, beliau mengakui hampir putus harapan apabila tubuhnya semakin lemah dan tidak lagi mampu berenang.

“Saya fikir saya akan mati… saya dah terlalu lemah dan tak mampu bergerak. Saya hanya mampu mengucap sebab rasa itu mungkin saat terakhir saya,” ujarnya.

Bagaimanapun, keadaan berubah apabila Syed Saddiq tiba-tiba muncul dan membantu menyelamatkannya dengan menolak tubuhnya ke arah pantai sehingga sampai ke kawasan selamat.

“Dia datang dari belakang, saya sendiri tak tahu dari mana dia muncul. Dia tolak saya perlahan-lahan sampai ke pantai. Bila sampai, saya menangis sebab terlalu bersyukur masih hidup,” katanya.

Space Dollah berkata pengalaman itu merupakan detik paling hampir dengan kematian yang pernah dialaminya dan menjadi pengajaran besar supaya tidak memandang ringan bahaya laut. Beliau turut menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati ketika melakukan aktiviti di laut terutama apabila ombak kuat.

Kredit: TikTok spacedollah

[fbcomments]